Isnin, 9 Januari 2012

Postmortem Peperiksaan PMR 2011

Alhamdullillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011 telahpun diumumkan pada 22 Disember, 2011 yang lalu. Sekolah Agama Menengah Rawang 98.7% dengan Gred Purata Sekolah 1.53. Tempat ketiga bagi Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak selepas SBPI Rawang dan SBPI Gombak. Tempat kelima bagi SABK Selangor dan tempat ke 15 seluruh Selangor.
 Seramai 25 orang mendapat 9A, 35 orang mendapat 8A dan 20 orang mendapat 7A daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki PMR iaitu seramai 155 orang. Tahniah untuk semua pelajar yang menduduki PMR 2011 kerana meningkatkan prestasi PMR pada tahun 2011. Walaupun peningkat GPS hanya meningkat sekadar 0.15 peningkatan sahaja, namun pencapaian ini amat bermakna untuk sekolah dalam melestarikan aspirasi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2013 nanti. Diharapkan kejayaan  tersebut akan menjadi pendorong untuk semua pihak mengembeleng tenaga menambahbaik pencapaian yang sedia ada, insyaallah.
      Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah yang bertungkus-lumus memastikan pencapaian prestasi yang semakin baik ini kepada semua guru tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 yang merealisasikan pencapaian ini. Ucapan ini juga kami tujukan kepada semua Panitia kerana kerjasama sepenuhnya merancang, berkerjasama, berusaha memastikan pencapaian matapelajaran dan semua guru mencapaian kejayaan ini. Ucapan ini kami tujukan kepada semua panitia dan guru-guru bahasa sama ada Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris mahupun Panitia Bahasa Arab kerana peningkatan dalam kualiti keputusan PMR yang telah meningkat tersebut.
       Semoga kejayaan-kejayaan yang lain akan menyusul bukan sahaja di bidang akademik tetapi dalam pembentukan modal insan kelas pertama yang bersahsiah unggul berteraskan syariat agama yang mengutamakan al-quran dan as-sunnah, insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan