Khamis, 3 November 2011

Strategi Laut Biru/ Blue Ocean Strategy (BOS)

Assalamualaikum..
Baru-baru ini saya telah mengikuti Bengkel Peningkatan Intergriti Pentadbiran Sekolah yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam bengkel ini kami didedahkan tentang Strategi Laut Biru atau Blue Ocean Strategy (BOS)
http://www.blueoceanstrategy.com/abo/what_is_bos.html
 yang memberikan salah satu kaedah baru dalam melaksanakan proses pengurusan dan pentadbiran sekolah secara berkesan. Strategi ini merupakan salah satu alternatif dalam menjadi sistem pengurusan pendidikan agar lebih sistematik, inovatif dan berkesan. Pelan operandi dalam sistem ini membolehkan seseorang pengurus pendidikan melaksanakan lebih banyak innovasi dalam perlaksanaan pendidikan berkesan.
       Walaupun semua strategi yang dibincangkan ini seperti atau lebih menjurus kepada strategi perniagaan namun BOS ini boleh diaplikasi dan digunapakai  dalam sistem pendidikan dengan penyesuaian yang lebih kreatif dan terbuka.  Saya percaya bahawa setiap sistem yang telah diuji dan boleh digunapakai untuk meningkatkan sistem pendidikan negara ini perlulah diteruskan dan memberikan ruang kepada pengurus pendidikan meningkatkan intergriti dalam kemajuan pendidikan dan individu pendidik itu sendiri, insyaallah..

Selasa, 25 Oktober 2011

ALHAMDULLILLAH... BLOG BIDANG BAHASA SAMER INI DAPAT DIREALISASIKAN..

 ALHAMDULLILLAH, kerana blog ini dapat direalisasikan dan dapat diketengahkan berasingan daripada blog-blog yang lain. Semoga blog ini akan dapat digunakan untuk mengetengahkan maklumat dan perkongsian idea yang akan meningkatkan prestasi Bidang Bahasa, Sekolah Agama Menengah Rawang.Selangor.
 Sekolah ini merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang boleh menampung sebanyak lebih kurang 700 orang pelajar yang mempunyai kelayakan di peringkat UPSR dan SPRA (Sijil Penilaian Rendah Agama). Oleh sebab itu, hanya tiga bahasa sahaja yang digunakan di sekolah ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Insyaallah dengan adanya blog khas untuk Bidang Bahasa ini, segala maklumat berkaitan dapat dikongsikan dan dapat diimplementasikan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi bidang bahasa ini sama ada dalam sekolah mahupun di persada yang lebih mencabar.

Dicatat oleh:
GKMP Bahasa, SAMER