BIDANG TUGAS GKMP BAHASA
- Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
- Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
- Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya.
- Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
Kurikulum
- Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
- Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
- Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
- Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
- Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya
- Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan.
- Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.
- Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
- Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua.
- Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.
- Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
- Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.
- Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kokurikulum
- Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
- Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
Pengurusan
- Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
- Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
- Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
- Membantu merancang takwim sekolah .
- Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
- Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
- Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
- Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah.
- Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.
- Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.
Tugas –tugas lain
- Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
- Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
- Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil .
- Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
- Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
- Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Panduan Am Pengurusan Sekolah
PENGETUA
Pentadbiran
- Mentadbir dan mengurus sekolah
- Merancang program perkembangan guru dan kakitangan
- Mengangih dan menyelia tugas-tugas dan kakitangan sokongan
- Menyelia tatacara pentadbiran dan tatasusila serta lain-lain aspek pengurusan
- Penasihat badan disiplin murud-murid
- Penasihat Persatuan Ibubapa dan Guru
- Setiausaha Jemaah Pengurus Sekolah
- Melaksanakan dasar pendidikan negara serta segala arahan dan peraturan yang di keluarkan dari masa ke semasa
- Mengeluarkan arahan dan peraturan untuk guru dan kakitangan sekolah bagi melaksanakan tiap-tiap jenis tugas sama ada dalam bidang pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan tata tertib
- Mengawal perlaksaan kurikulum dan kegiatan kokurikulum
- Ketua menilai dan perancang hasil usaha guru dan kakitangan sekolah serta murud-murid
- Ketua pembimbing guru-guru dan kakitangan sekolah
- Ketua protokol bagi acara sekolah
- Pegawai perhubungan di antara sekolah dengan luar sekolah
- Pengerusi jawatankuasa buka tender kantin sekolah
- Mengesah kesahihan dokumen-dokumen
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, guru, kakitangan sekolah dan harta benda sekolah
- Bertugas di pejabat semasa cuti sekolah
Kewangan
- Merancang dan mengawal kewangan sekolah
- Ketua juru audit akaun persatuan atau kelab sekolah
Kurikulum
- Pengerusi jawatankuasa perancang kuriklum sekolah
- Menyelia pengajaran dan pembelajaran, buku persediaan mengajar, buku latihan murid-murid dan lain-lain
- Mengajar sekurang-kurangnya 9 waktu seminggu
- Pengerusi Lembaga Tatatertib
Kokurikulum
- Pengerusi jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah
- Pendaftar persatuan atau kelab sekolah
- Penasihat kepada persatuan dan kelab sekolah
- Penasihat jawatan kuasa sukan sekolah
PENOLONG KANAN AKADEMIK
Penolong kanan 1 ditugaskan dalam bidang akademik sebagaimana berikut :
- Melaksanakan tugas-tugas di bahagian akademik
- Menjadi ketua perhubungan di antara guru besar dengan guru-guru dan kakitangan sekolah
- Naib Pengerusi Perancang Sekolah
- Pengerusi jawatankuasa mesyuarat penuh guru-guru
- Menyelia dan mengurus perangkaan, penyataan tahunan, bulanan dan lain-lain data
- Menyelai dan mengurus boring-borang penilaian prestasi guru-guru dan kakitangan sekolah sebagai pegawai penilai
- Setiausaha Lembaga Tatatertib sekolah
- Bertugas di pejabat semasa cuti penggal sekolah
- Menyelia pendaftaran, kemasukan, dan perpindahan murid
- Menyelia keadaan fizikal sekolah, peralatan dan harta benda sekolah
- Menyelia buku kedatangan guru dan kakitangan sekolah
- Menyelia pengurusan gaji, kewangan dan akaun sekolah
- Mengurus permit mengajar guru-guru
- Membantu guru besar dalam perhubungan luar sekolah
- Menyemak dan mengambil tindakan terhadap laporan guru bertugas harian
- Merancang dan melaksana bersama takwim sekolah
- Mengatur dan menyelia kerja guru dan kakitangan sekolah
- Ahli jawatankuasa buka tender sekolah
- Mengajar tidak kurang dari 9 waktu seminggu
- Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaannya
- Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan sempurna pengerusi jawatankuasa jadual waktu
- Mewakili guru besar dalam mesyuarat atau penyampaian semasa ketiadaannya.
GURU PENOLONG KANAN HEM
· Menjalankan tugas hal ehwal murid-murid
- Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan sempurna terhadap murid-murid
- Setiausaha Jawatankuasa Perancang sekolah
- Mempastikan perlaksanaan sukatan pelajaran diikuti dengan sepenuhnya
- Mengawasi disiplin pekerja dan murid-murid
- Menyelia biasiswa murid-murid
- Menyemak buku latihan murid-murid
- Menyelia pengurusan buku rekod, kad kemajuan murid
- Menguruskan sijil-sijil akademik
- Menyelia penyimpanan stok peralatan mengajar
- Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu
- Menjalankan tugas guru besar dan mewakili guru besar dalam ketiadaan guru besar dan penolong kanan 1
- Bertugas di pejabat sekolah dalam masa cuti penggal sekolah
- Menyelia kantin dan RMT
- Mengawasi disiplin pengawas dalam menjalankan tugas
- Mengawasi kedatangan guru dan murid
- Mengatur kawasan sekolah kepada murid dan pekerja
- Keselamatan jalanraya
- Membahagikan tugas kepada murid dan pekerja
- Mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bila memdapati murid-murid lemah atau tidak hadir ke sekolah atau kesulitan membayar yuran
- Menerima pendaftaran murid
- Menyelia pengurusan gaji dan kewangan sekolah
- Merumus dan menganalisa keputusan ujian peperiksaan serta penyaluran murid
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
· Bertanggungjawab sepenuhnya kepada guru besar dalam aspek pengurusan ko-kurikulum
- Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan penolong kanan 1 dan 2.
- Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu.
- Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
- Merancang takwim sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan kelab.
- Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan, kegiatan unit berunifom persatuan dan kelab.
- Menyelaras aktiviti sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
- Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk kegiatan ko-kurikulum
- Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum
- Menyelaras hari upacara dan perayaan yang diadakan di sekolah.
- Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pasukan sekolah
- Menyelaras pembahagian murid-murid dalam pasukan dan persatuan
- Menentukan penglimatan murid-murid dalam masa kegiatan ko-kurikulum
- Mengurus dan bertanggungjawab mengenai alat-alat sukan dan permainan
- Bertanggungjawab mengenai semua pakaian seragam yang diberi oleh sekolah
- Mempastikan rekod data ko-kurikulum
- Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang ko-kurikulum
- Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum
- Menganggotai jawatankuasa perancang sekolah, penjadualan sekolah
- Menganggotai jawatankuasa tatatertib sekolah
Panduan dan Bidang Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang)
1.0. OBJEKTIF JABATAN
1.1. Memberi panduan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran.
1.2. Membolehkan Guru Kanan Mata Pelajaran mengamalkan pengurusan yang sistematik.
1.3. Menyediakan proses-proses yang boleh diikuti dan dinilai mengikut prosedur yang jelas.
1.4. Menggerakkan pengurusan kurikulum ke arah peningkatan kecemerlangan.
2.0 OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT
2.1 Memberi panduan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran.
2.2 Membolehkan Guru Kanan Mata Pelajaran mengamalkan pengurusan yang sistematik.
2.3 Menyediakan proses-proses yang boleh diikuti dan dinilai mengikut prosedur yang jelas.
2.4 Menggerakkan pengurusan kurikulum ke arah peningkatan kecemerlangan.
1.5. Menggerakkan pengurusan kegiatan kokurikulum akademik.
1.6. Membantu pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
1.7. Membantu penyelarasan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
BAHAGIAN : KURIKULUM
JAWATAN : GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Tugas Pegawai Atasan Yang Ada Hubungan | Tugas Dan Tanggungjawab | Kuasa Yang Diberi | Tugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada Hubungan Serta Jenis Hubungan |
Pengetua mengeluarkan arahan kepada Penolong Kanan menyampaikan arahan dan bahan dari JPN kepada GKMP | Bertanggungjawab: 1. Memperoleh sukatan terbaru 2. Mengagihkan sukatan pelajaran kepada ketua panitia | Arahan Kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan GPK | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan rancangan pengajaran siap dalam jangka waktu yang ditetapkan | Bertanggungjawab: 1. Memastikan rancangan pengajaran dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. Rancangan pengajaran siap dan dilaksanakan dalam P&P. | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memilih dan menilai buku rujukan guru | Bertanggungjawab: 1. Membuat pemilihan dan penilaian naskah guru, buku rujukan dan buku kerja pelajar 2. Memastikan buku tersebut dimanfaatkan | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan ABM dimanfaatkan | Bertanggungjawab: 1. menyelaraskan penggunaan ABM dalam P&P | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan menyampaikan pekeliling format baru peperiksaan kepada GKMP | Bertanggungjawab: 1. Memperoleh pekeliling format baru peperiksaan 2. Mengagihkan format baru peperiksaan. | Arahan kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan GPK | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan GKMP memastikan pencerapan dilaksanakan mengikut jadual | Bertanggungjawab: 1. Mencerap guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan pada awal tahun. | Pengetua GPK | Penyelia Petang GKMP Ketua Panitia |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan kepada GKMP supaya memastikan pemeriksaan (pencerapan) buku latihan pelajar dilaksanakan | Bertanggungjawab: 1. Memeriksa buku latihan pelajar 2. Membuat laporan kepada Penolong Kanan | Arahan Pengetua Arahan GPK | Penyelia Petang Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan kepada GKMP memastikan semakan buku rekod mengajar guru dilaksanakan | Bertanggungjawab: 1. Menyemak buku rekod mengajar guru 2. Merekodkan penghantaran buku rekod oleh guru-guru | Arahan Pengetua | Penyelia Petang Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan kepada GKMP memastikan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa penghantar | Bertanggungjawab: 1. Melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum | Arahan Kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan GPK | Penyelia Petang Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan kepada GKMP untuk menyediakan soalan peperiksaan | Bertanggungjawab: 1. Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan dan ujian bulanan 2. Melaksanakan peperiksaan | Pengetua GPK | Penyelia Petang Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengeluarkan arahan kepada GKMP menyampaikan arahan membuat analisis keputusan peperiksaan | Bertanggungjawab: 1. Memperoleh markah /keputusan peperiksaan 2. Menyelaras analisis keputusan peperiksaanmendokumenkannya 3. Merancang pelan tindakan | GPK GKMP | Setiausaha Peperiksaan Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Pengetua mengarahkan Penolong Kanan merancang dan melaksanakan program motivasi | Bertanggungjawab: 1. Membantu program motivasi kecemerlangan pelajar | Arahan Pengetua | GKMP Kaunselor Setiausaha Peperiksaan Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Pengetua mengarahkan Penolong Kanan membeli ABM | Bertanggungjawab: 1. Memastikan ketua panitia merekodkan barang-barang tersebut dalam buku stok dan inventori | Arahan Pengetua | GKMP Ketua Panitia Guru Pusat Sumber |
Arahan Pengetua kepada Penolong Kanan menyelaras perbelanjaan tahunan panitia | Bertanggungjawab: 1. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan, menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang telah diluluskan dan menyediakan untuk tujuan audit | Arahan Pengetua | GKMP Ketua Panitia Pegawai Kewangan |
Arahan Pengetua kepada Penolong Kanan bersama GKMP mengenai keperluan guru. | Bertanggungjawab: 1. Menentukan keperluan guru bagi setiap panitia | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia |
Arahan Pengetua kepada GKMP melalui Penolong Kanan mengenai manual prosedur kerja dan fail meja | Bertanggungjawab: 1. Menyemak dan menilai peraturan pekeliling dan manual prosedur kerja dan fail meja dipatuhi | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia |
Arahan Pengetua mengenai aktiviti tahunan panitia | Bertanggungjawab: 1. Membantu merancang aktiviti panitia sepanjang tahun | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Arahan Pengetua kepada Penolong Kanan menyemak fail panitia | Bertanggungjawab: 1. Menyemak fail panitia | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia |
Pengetua mengeluarkan arahan kepada Penolong Kanan menyampaikan arahan maklumat dari Kementerian/ JPN dan PPD | Bertanggungjawab: 1. Menentukan kelompok pelajar untuk program pemulihan dan pengayaan. | Arahan JPN Arahan Pengetua | GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Pengetua mengeluarkan arahan kepada Penolong Kanan menentukan rancangan pengajaran disiapkan dalam jangka masa tertentu dan kemaskini | Bertanggungjawab: 1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan guru dalam panitia | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Pengetua mengarahkan Penolong Kanan merancang dan menyelaras perkembangan staf | Bertanggungjawab: 1. Merancang kursus perkembangan staf 2. Melaksanakan perkembangan staf | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Pengetua menyampaikan arahan Kementerian kepada Penolong Kanan – meningkatkan inovasi dalam P&P. | Bertanggungjawab: 1. berusaha meningkatkan inovasi dalam penggunaan ABM semasa P&P. 2. menghasilkan modul P&P yang berkualiti | Arahan Pengetua | Penolong Kanan GKMP Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
BAHAGIAN : KOKURIKULUM
JAWATAN : GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Tugas Pegawai Atasan Yang Ada Hubungan | Tugas Dan Tanggungjawab | Kuasa Yang Diberi | Tugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada Hubungan Serta Jenis Hubungan |
Pengetua mengeluarkan arahan kepada Penolong Kanan menyampaikan arahan dan bahan dari JPN kepada GKMP | Bertanggungjawab: 1. Memperoleh program kokurikulum peringkat negeri dan daerah 2. Mengagihkan jenis-jenis pertandingan yang melibatkan persatuan/kelab akademik kepada ketua panitia/guru persatuan/kelab | Arahan Kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan Penolong Kanan (PK) | Ketua Panitia Guru Persatuan Guru Kelab |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab akademik dijalankan dalam jangka masa yang ditetapkan | Bertanggungjawab: 1. Memastikan program persatuan/ kelab akademik dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. Memastikan program dilaksanakan oleh persatuan/kelab | Pengetua Penolong Kanan GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP menentukan jenis-jenis aktiviti yang dipertandingkan di peringkat sekolah dan memastikan ada penyertaan di peringkat daerah/negeri | Bertanggungjawab: 1. Membuat pemilihan aktiviti dan menentukan prosedur pertandingan 2. Membuat laporan dalam buku / fail kokurikulum | Penolong Kanan GKMP | Ketua Panitia Guru Persatuan / Kelab |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan aktiviti persatuan / kelab dimanfaatkan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik | Bertanggungjawab: 1. mengendalikan aktiviti/pertandingan menulis esei, kuiz, deklemasi sajak, drama, pidato dan lain-lain 2. menyelaras kursus kepada pelajar seperti motivasi, kepimpinan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan lain-lain | Penolong Kanan GKMP | Ketua Panitia Guru Persatuan / Kelab Guru Bimbingan dan Kaunseling |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan penyelarasan kewangan, perbelanjaan, keselamatan dan pengangkutan | Bertanggungjawab: 1. merancang peruntukan kewangan 2. merancang perbelanjaan mengikut kesesuaian 3. menetapkan jenis pengangkutan 4. memastikan prosedur keselamatan dipatuhi | Penolong Kanan GKMP | Ketua Panitia Guru Persatuan / Kelab |
SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
BAHAGIAN : PENTADBIRAN
JAWATAN : GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Tugas Pegawai Atasan Yang Ada Hubungan | Tugas Dan Tanggungjawab | Kuasa Yang Diberi | Tugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada Hubungan Serta Jenis Hubungan |
Pengetua mengeluarkan arahan kepada Penolong Kanan menyampaikan arahan JPN kepada GKMP | Bertanggungjawab: 1. Memperoleh bahan/pekeliling / surat / panggilan kursus/latihan guru / peperiksaan. 2. Mengagihkan tugas-tugas guru di bawah bidang dan kawalannya | Arahan Kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan Penolong Kanan (GPK) | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru di bawah bidangnya. | Bertanggungjawab: 1. Memastikan ujian/peperiksaan dijalankan mengikut jadual. 2. Memastikan kursus-kursus dan latihan yang perlu dihadiri oleh guru. 3. memastikan jenis kursus dalaman untuk guru-guru di bawah kawalannya | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. | Bertanggungjawab: 1. memastikan data/maklumat guru dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. memastikan segala jenis perangkaan berkaitan bidangnya siap dan dapat dimanfaatkan | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP membantu merancang takwim sekolah. | Bertanggungjawab: 1. memastikan program rutin dan developmental dijalankan seperti ditetapkan dalam takwim 2. memastikan tarikh-tarikh program mengikut bidangnya dipatuhi yang melibatkan penetapan mesyuarat / taklimat / seminar dan lain-lain | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya | Bertanggungjawab: 1. memastikan pencerapan guru-guru dilakukan seperti yang ditetapkan 2. memastikan pencerapan buku latihan dijalankan seperti yang dijadualkan. 3. memastikan guru-guru baru / GSTT dapat menjalankan tugas dengan baik melalui bimbingan yang berterusan | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP menyediakan anggran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelan-jaan. | Bertanggungjawab: 1. memastikan anggaran belanjawan dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa 2. memastikan perbelanjaan dibuat mengikut keperluan 3. memastikan prosedur kewangan Dipatuhi | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP menjaga dan menyemak stok dan inventori, segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan bidangnya | Bertanggungjawab: 1. memastikan borang penyemakan stok dan inventori dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa 2. memastikan borang senarai semak siap dan dapat dimanfaatkan | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik darjah /sekolah | Bertanggungjawab: 1. memastikan borang senarai semak amalan nilai-nilai murni dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. Borang merit dan demerit dapat Dimanfaatkan | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP memastikan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas bilik darjah dan menjaga keceriaannya. | Bertanggungjawab: 1. memastikan jadual waktu/jadual tugas harian dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. memastikan jadual-jadual giliran tugas keceriaan dipatuhi | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN PEGAWAI DENGAN PEGAWAI LAIN
BAHAGIAN : TUGAS-TUGAS LAIN
JAWATAN : GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
Tugas Pegawai Atasan Yang Ada Hubungan | Tugas Dan Tanggungjawab | Kuasa Yang Diberi | Tugas Pegawai-Pegawai Lain Yang Ada Hubungan Serta Jenis Hubungan |
Pengetua mengeluarkan arahan dan bahan kepada Penolong Kanan menyampai-kan arahan JPN kepada GKMP | Bertanggungjawab: 1. memperoleh maklumat /bantuan berhubung dengan pusat kegiatan guru (PKG), PPD, bahagian dan Pusat Sumber Pelajaran Negeri (PSPN) 2. mengagihkan bahan/maklumat / bantuan kepada ketua panitia | Arahan Kementerian Arahan JPN Arahan Pengetua Arahan GPK | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP berhubung dengan GKMP sekolah lain untuk berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan | Bertanggungjawab: 1. memastikan jemputan/surat-menyurat dihantar untuk mengadakan pertemuan profesional antara GKMP sekolah-sekolah lain 2. program dirancang dan disiapkan, dilaksana dan dimanfaatkan. | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya secara berkesan. | Bertanggungjawab: 1. memastikan borang senarai semak dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. Giliran tugas guru yang terlibat dibuat dengan bantuan pelajar/persatuan / kelab | Pengetua GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP membantu meran-cang dan menyelia program keindahan dan kebersihan sekolah. | Bertanggungjawab: 1. memastikan program dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa. 2. borang pemantauan,giliran tugas dan senarai semak siap dan dimanfaatkan. | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP membantu Pengetua menyelia hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan pusat sumber | Bertanggungjawab: 1. memastikan jadual waktu ujian / peperiksaan / kegiatan sukan dan penggunaan pusat sumber semasa P&P dibuat dan disiapkan 2. menyelia dan memantau mengikut waktu yang ditetapkan. | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Penolong Kanan mengarahkan GKMP melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh pengetua dari semasa ke semasa | Bertanggungjawab: 1. melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh pengetua. 2. memastikan segala arahan diikuti dan Dipatuhi | GPK GKMP | Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran |
Panduan dan Bidang Tugas Panitia Matapelajaran
Asas Penubuhan Panitia Mata pelajaran
1. Pekeliling SPI Bil 4/98 menyatakan panitia mata pelajaran ialah
· Guru-guru yang terlibat dalam mengajar matapelajaran yang sama
· Guru –guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
· Medan untuk guru-guru mencari penyelesaian masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid
2. Tujuan Penubuhan panitia
· Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
· Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
· Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
· Mesujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik
Peranan Panitia Matapelajaran
1. Memperolehi sukatan matapelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya.
2. Menyediakan rancangan mengajar selaras untuk penggal-penggal persekolahan
3. Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir
4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada Pusat Sumber
5. Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan
6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
7. Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan ‘ad hoc’ jika perlu
8. Bertukar pengalaman
9. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan
10. Bekerjasama dengan panatia lain
11. Melantik setiausaha menyediakan minit
12. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-menyurat, serta rekod berkaitan.
Struktur dan Organisasi Panitia
1. Panitia mata palajaran ialah
· Badan ikhtisas
· Dianggotai semua guru matapelajaran berkenaan
· Dipimpin oleh guru yang dilantik oleh Pengetua/Gurubesar
2. Mesyuarat Panitia
a. Bilangan Mesyuarat
· Diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun
· Perjumpaan dalam kelompok kecil boleh diadakan dari semasa ke semasa
b. Masa dan agenda
i. Mesyuarat Pertama (Disember)
· Diadakan selepas mesyuarat guru
· Agenda membincangkan :
- Dasar kurikulum
- Rancangan pelajaran
- Buku persediaan mengajar
- Perancangan stratedik/taktikal/ operasi
- Aktiviti tahunan dan belanjawan
- Prosuder pembelian dan pengurusan stok
- Perlaksanaan Head Count
- Pencerapan hasil kerja pelajar baru/buku latihan
- Menentukan jenis latihan dan bilangan latihan
- Takwim peperiksaan dan penyediaan soalan
- Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (KBKK)
- Hal-hal lain
ii. Mesyuarat Kedua (Disember- Januari)
· Diadakan selepas keputusan UPSR/PMR diumumkan
· Agenda membincangkan :
- Analisa keputusan Peperiksaan UPSR/PMR
- Head Count berkaitan
- Merancang Program Panitia
- Hal-hal lain
iii. Mesyuarat Ketiga (Jun)
· Diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan tahun
· Agenda membincangkan :
- Analisa peperiksaan pertengahan tahun
- Menyemak perlaksanaan program (menilai kekuatan dan kelemahan)
- Tindakan susulan ke atas program yang dijalankan
- Laporan perjumpaan kecil atau maklumat dari panitia daerah (jika ada)
- Hal-hal lain
iv. Mesyuarat keempat(Oktober)
· Diadakan sebelum akhir tahun
· Agenda membincangkan :
- Kajian semula semua program
- Perancangan tahun berikutnya:
i. Cadangan agihan jadual waktu
ii. Anggaran perbelanjaan
iii. Struktur organisasi panitia
- Hal-hal lain
v. Mesyuarat Tambahan atau ‘Adhoc’
· Diadakan pada bila-bila masa sesuai jika berlaku hal-hal yang perlu dilaksanakan segera
· Boleh juga diadakan untuk melaksanakan suatu program besar seperti minggu matapelajaran, keraian berkaitan panitia, seminar dan perkhemahan ilmiah, dan seumpamanya
· Agenda membincangkan :
- Objektif program
- Agihan tugas
- Perancangan kewangan
- Aktiviti-aktiviti dilaksanakan
- Hal-hal lain
2. OBJEKTIF KETUA PANITIA
2.1. OBJEKTIF UMUM
2.1.1 Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.
2.1.2 Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.
2.1.3 Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitia dan kerjasama dengan panitia lain.
2.1.4 Membangunkan kemahiran R & D di dalam panitianya.
2.2. OBJEKTIF KHAS
2.2.1 Mewujudkan satu sistem kawalan dan penyelenggaraan kurikulum yang berkesan.
2.2.2 Untuk menimbulkan rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan guru tentang perlunya
penyelarasan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.2.3 Untuk melahirkan guru-guru yang cekap, dedikasi dan bertanggungjawab bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dan mencapai objektif mata pelajaran.
2.2.4 Merealisasikan hala tuju mata pelajaran
(i) Lulus 100% mata pelajaran PMR dan SPM
(ii) Lulus 100% dalam mata pelajaran Sains Tulen SMA
(iii) Memastikan prestasi setiap mata pelajaran adalah berkualiti untuk mencapai target cemerlang.
(iv) Memastikan semua pelajar dapat menguasai semua konstruk / elemen dalam pentaksiran matapelajaran
(v) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai kemahiran berkaitan matapelajaran
AHLI JAWATANKUASA PANITIA
Pengerusi : Ketua Panitia
Naib Pengerusi : Ketua Panitia Menengah Rendah
Setiausaha : Guru (dilantik secara bergilir-gilir di kalangan Ahli Panitia)
Ahli : Semua Guru Mata Pelajaran
KURIKULUM
a. Mendapatkan sukatan pelajaran terkini
b. Penyediaan rancangan pengajaran tahunan
c. Penyediaan rancangan pengajaran bersama
d. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran
e. Kepelbagai teknik mengajar
f. Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan
g. Penggunaan BBM dalam P & P
h. Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia
i. Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli
j. Menyelaras soalan ujian bulanan
k. Menyelaras soalan peperiksaan penggal
l. Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan
m. Menyemak buku latihan pelajar
n. Memberi kursus dalaman
o. Bimbingan untuk ahli panitia baru
p. Pelaksanaan program khas kemahiran belajar
q. Penyelarasan dan pemantauan PEKA sains.
PENGURUSAN
a. Pemilihan buku teks dan rujukan
b. Pencerapan (Sekolah Gred B)
c. Mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun
d. Pengajaran berpasukan (team teaching)
e. Mengadakan kursus dalaman
f. Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)
g. Pemantauan aktiviti panitia
h. Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”
i. Penyediaan anggaran belanjawan tahunan
j. Pengawalan stok dan iventori (Sekolah Gred B )
k. Penyeliaan PBS
l. Membantu penyeliaan pengurusan makmal/bengkel
KO-KURIKULUM
i. Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik
ii. Menyertai pertandingan berkaitan panitia
iii. Program lawatan sambil belajar
iv. Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas
v. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah
vi. Mengadakan Bulan/minggu/hari matapelajaran
TUGAS-TUGAS LAIN
i. Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
ii. Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK yang lain
i. Mengemaskini data bilik gerakan sekolah
ii. Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia
iii. Mewujudkan/mengemaskini laman Web Sains
iv. Penyediaan dan pengawalan belanjawan
v. Pengawalan stok dan iventori
vi. Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar
KO-KURIKULUM
i. Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik
ii. Menyertai pertandingan berkaitan panitia
iii. Program lawatan sambil belajar
iv. Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas
v. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah
TUGAS-TUGAS LAIN
i. Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
ii. Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK dan SABK yang lain
iii. Mengemaskini data bilik pengurusan matapelajaran (bengkel/makmal/makmal bahasa/bilik amalan moral dan bilik berkaitan
iv. Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia